Thursday, 1 May 2014

Gerbang Seni Lukisan Binaan


  • SINOPSIS LUKISAN BANGUNAN
Kursus lukisan bangunan memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pelajar tentang lukisan bangunan.  Ia merangkumi jenis lukisan pembinaan, lukisan pelan, pelan lantai, pelan bumbung, simbol-simbol piawai bangunan.  Bagi lukisan pandangan bangunan setingkat dan dua tingkat, ia mengandungi lukisan pelan, pandangan hadapan, pandangan sisi, lukisan keratan bangunan dan lukisan perincian bangunan.  Selain itu, lukisan perspektif bangunan dan lukisan perpaipan dan skematik juga diajar dalam kursus ini bagi membolehkan pelajar membezakan elemen dalam lukisan pembinaan dan perpaipan.


  • ELEMEN DALAM LUKISAN BANGUNAN 

1. Pelan Lokasi (Location Plan)
Pelan lokasi memberi petunjuk kedudukan tapak cadangan pembinaan. Sempadan tanah bersebelahan, parit, jalan besar, jalan masuk, kawasan berumput, aras tanah.

Contoh Pelan Lokasi
2. Pelan Tapak (Site Plan)
Pelan yang memberi petunjuk dimensi, ukuran dan paras tapak sesuatu cadangan bangunan yang hendak dibina.

Contoh Plan Tapak
3. Pelan Lantai (Floor Plan)
Menunjukkan ukuran bangunan keseluruhannya serta susun atur grid bagi rujukan pembinaan.  Pelan dilengkapi dengan susun atur perabot.  Petunjuk keratan A dan B ditunjukkan pada pelan lantai. Pelan tapak juga  bolehlah dikatakan seolah-olah bangunan itu dikerat ditengahnya dan dilihat dari atas. Tiap-tiap lukisan perlulah ada pelan untuk mengetahui keadaan didalam bangunan itu serta susunannya

Contoh Plan Lantai


4. Pandangan (Elevation)
Pandangan adalah untuk menunjukkan secara keseluruhan bagaimana rupanya bangunan itu dipandang dengan mata kasar.  Ia  hanya memberikan gambaran di luar bangunan itu. Ia bolehlah dianggapkan sebagai lukisan dua dimensi kerana objek yang dilukis akan memberikan dua dimensi ukuran iaitu lebar dan tinggi, atau panjang dan tinggi sesuatu objek.  Bagi melukis pandangan sesebuah bangunan, kaedah unjuran ortografik digunakan iaitu sesuatu arah pandangan bangunan yang dilihat pada pelan lantai akan diunjurkan ke suatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat dengan bangunan itu.

Terdapat 3 jenis pandangan iaitu :

  1. Pandangan Hadapan (Front Elevation)
  2. Pandangan Belakang (Rear Elevation)
  3. Pandangan Sisi (Side Elevation)
Contoh Pandangan Hadapan (Front Elevation)

Contoh Pandangan Belakang (RearElevation)

Contoh Pandangan Sisi (Side Elevation)

Lukisan Keratan Bangunan
Lukisan keratan menunjukkan bangunan, tanah yang dipotong dari aliran utara-selatan atau barat-timur memberi maklumat butiran isi dalaman sesebuah pelan.

Contoh Lukisan Keratan

Lukisan Perincian Bangunan
Pelan Lukisan Perincian memberi butiran yang besar dan lebih terperinci dan jelas seperti pintu, tingkap, cucur atap, sambungan tiang-gelegar, pemasangan pepasang sanitari.

Contoh Lukisan Perincian Bangunan

Skala
Merupakan nisbah ukuran di atas pelan dan dipermukaan tanah yang sebenar. Contohnya - 1:100 bermakna 1mm di atas pelan bersamaan 100mm di atas permukaan tanah.
 

Blogger news

Blogroll

About